Latar Belakang

Rekod Prestasi Yang Kukuh Dalam Industri Pembinaan

Projek Berkualiti Mengukuhkan Reputasi

Azza Mewah Development Sdn Bhd(0963517X), anak syarikat kepada syarikat induk Azza Mewah Sdn Bhd (461945-T), sebuah syarikat kontraktor pembinaan dan pemaju projek perumahan dengan kedudukan kewangan dan asas yang kukuh dalam industri pembinaan.

Dengan sejarah penubuhan melebihi 30 tahun, Azza Mewah bergiat dalam melaksanakan projek pembinaan awam dan juga swasta di Malaysia, antaranya termasuk projek pembinaan lebuh raya, projek pembinaan jambatan, projek pembinaan jejantas, projek pembinaan parit, projek tambakan sungai, projek pengindahan bandar, projek pembinaan loji rawatan kumbahan, projek pembinaan bangunan kilang dan sebagainya.

Selama ini, Azza Mewah Development Sdn Bhd telah melaksanakan banyak projek infrastruktur dan pembinaan utama untuk kerajaan Malaysia, dan berjaya membina reputasi yang baik melalui projek berkualiti dan penyiapan projek dalam masa yang ditetapkan. Projek pembinaan kami juga menyaksikan pembangunan bandaraya Kuala Lumpur yang indah dan makmur.

Selain projek perumahan tempatan, Azza Mewah turut mengusahakan projek pembinaan perumahan di Negara China. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.azzamewah.com.my

Rekod Prestasi Yang Kukuh

Bina Reputasi Yang Baik Melalui Projek Pembangunan Berkualiti. Projek Perumahan Habis Dijual Dalam Masa Beberapa Bulan Selepas Pelancaran.

Taman Warisan Mewah adalah projek perumahan dan kedai berkualiti yang baru dibangunkan oleh Azza Mewah Development Sdn Bhd.

Azza Mewah Development merupakan sebuah syarikat pemaju perumahan yang kukuh. Projek pembangunannya meliputi kawasan terutamanya di sekitar Negeri Sembilan dan Seremban, merangkumi projek kediaman, kedai dan kilang berkualiti tinggi.

Projek kediaman yang berjaya dibangunkan sebelum ini termasuk Taman Penaga Mewah yang merangkumi Rumah Teres 2 Tingkat dan Rumah Bandar (Townhouse) yang berkualiti tinggi, semua unit habis dijual dalam masa beberapa bulan selepas pelancaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek Taman Penaga Mewah, sila layari:https://www.penagamewah.com.my